Ouchh..receiving this..err..what aa...can we call this a poem?..boleh la kot..from a fren...dier kata khas for me...err then compiusla sket...which part? then dier kata part terlalu mencari kesempurnaan.. errmmm...aaaa....errmmmmm.... Am I? :D haha.... ntahlaa...ye ker?..hmmm
Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.Begitulah juga......
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamumeninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air, biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memilikiseseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan...Berkhasiat...Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN...
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabiladia menjadi milik orang lain..
Renung-renungkanlah...
p/s: kenapa nak susah2..kalau betul gayanyer..Allah akan permudahkan...Insya-Allah...
ada article about Mencari dan Menjadi dalam satu blog nihs.. quite interesting.. http://saifulislam.com/?p=32 enjoy !
2 comments:
zar,
habaq kat akak sapa yg bagi poem ni..kita ni manusia mana ada yg perfect..sian mamat tu ..keciwa dia .zar nih!!!
tapi akak tgk za skang memang jiwang la ..ada apa2 ke?? akak dah bau nasik minyak dah ni.
za, pls la buang link blog kak as tu..plz sgt..thanks za..
-kak as n shidy-
aaa?? mana ada keciwa2kan org nih.. mamat mana pulaks..main terjah jer..:p
dah buang dah link..aaa..nak main sorok2 eks..
Post a Comment